Monday, April 21, 2008

Kisah Cinta Monyet... Kelantan Girl

Adus, jiwang ke aku ni eh. Entah la, peduli apa orang nak cakap apa. Tapi yang aku tau aku suka melayan perasaan aku bila masa aku tidak di penuhi (bahayaa kan). Sebut pasal cinta (topik aku minggu ni), aku teringat zaman cinta di sekolah sewaktu aku di tingkatan 4 dan 5......

Semasa aku di tingkatan 3, aku bersekolah di 'All-Boys' school, jadi cintan cintun ni tak de. Yang ada hanya games and sports. Jadi, selepas PMR, keputusan ok, melayakkan aku ke MRSM di timur tanah air. Adus, satu tempat yang cukup baru untuk aku yang berdarah jawa asli (totok - orang2 jawa cakap). Tiga bulan pertama di sana, aku tak dapat menyesuaikan diri. Dengan bahasa yang 'pelik pelik kang', dan dengan makanan yang manis.. 'macamana aku nak survive nih?'.. Ibu aku menjadi pendengar setia di corong telefon, dengan teriakan aku untuk bertukar sekolah. Tapi dengan sabar dia berkata 'sabar, tunggu dulu, mungkin nanti ada hikmahnya kau kat situ'...

Arghhh, masin mulut ibu.. Tak lama selepas perbualan itu, aku bertemu dengan cinta pertama aku. Orang kelantan, 'sapa bilang gadis melayu tak menawan'.. tak ku sangka, dia telah lama menaruh perasaan terhadap aku. Ye la, aku pun masa tu naive, seolah2 kalau orang tanya cinta tu apa, aku akan cakap cinta tu hanyalah ungkapan dan perkataan yang tiada maknanya. Lama juga kami berkawan, dia memberi aku semangat dan kata-kata perangsang (walaupun kata2 tu dalam bahasa kelate, aku faham, mungkin bahasa cinta - universal). Aku bahagia kerana aku berjaya menangani masalah aku kerana ada orang yang membantu.

Tapi percintaan kami tak sampai ketepian (sangkut di tengah jalan). Mengapa macam tu ya?. Permulaan yang baik menjadi goyah atas sebab orang ketiga. Kisah di malam hari ketika aku sedang berjalan pulang ke bilik, aku di tahan sekumpulan samseng. Tanpa memberi salam, menghampuk aku sampai terduduk aku di kaki lima, termangu.. 'Kenapa perkara ini terjadi atas diri aku', mencari jawapan.. akhirnya aku tau yang ramai insan lain yang menaruh perasaan terhadap Dia... termasuk samseng tuh. Terlalu banyak halangan yang datang melanda selepas kejadian itu, memaksa aku untuk berundur walaupun berat rasa hati aku.

Akhirnya aku mengalah dengan keadaan... aku tinggalkan dirinya.. Mungkin kau akan lebih bahagia dengan insan lain. Bercinta dengan aku hanya mengundang lebih banyak permasalahan dalam diri... Sedih, memang sedih, tapi terpaksa aku berbuat demikian kerana aku tak sanggup melihat dirinya terseksa dan berkorban untuk aku. Dia tak tahu mengapa aku tinggalkan dia ketika itu.. Dan dia tak perlu tau. Dan dia tidak tahu sampai sekarang.....

Setelah sekian lama cerita itu ditutup, tanpa aku sangka, aku mendapat utusan raja sehari daripadanya... Dia telah bertemu insan yang lebih baik dari aku.... Akhirnya....

3 comments:

ShEP said...

haha..bijok ah cito demo..demo smak lajok kut..tu ore tino lawa nk ko demo..hehe..pehe dok?

Padil said...

dok pehe aku mu ghoyak gapo? Acu ghoyak slow2.. ahahaha

Anonymous said...

Loh, kamu dok pehe ko?
ermmm maksudnyer:
SHEP bilang kamu ni hensem sgt kot sbb tu pompuan lawa nak kat kamu...
SMAK: SMART
LAJOK: SANGAT

Salam dr KL
Hope ure doin great.