Monday, April 21, 2008

Cinta Dalam Hati...

Tgh2 malam buta ni kalau masih belum tido memang tangan aku sedap menaip. Gatal tangan orang-orang tua cakap. Aku sekarang nih tengah hantu dengan lagu Cinta Dalam Hati. This goes back to several months ago when someone dedicated this song to me. Argh. The person knew that I already have someone in my heart. But the person dedicated the song to me anyway.

It is a known fact that Love is blind, and love knows no boundary. It can bloom just in a matter of second. The second you lay eyes on the person you'll know whether you can 'clik' with the person or not. Mungkin itu yang dia rasa .. for what reason? Only God knows.

Dulu aku sering tertanya, kenapa ada orang sanggup mencintai seseorang hanya kerana dia adalah dia. Bukan kerana lain, bukan kerana wang ringgit atau rupa dan bukan juga fizikal. Tapi dia telah berjaya merubah persepsi aku. Ya, kita boleh menyintai sesiapa saja, tanpa alasan tanpa sebab. Kadang-kadang kita tak tau pun apa yang kita lihat di dalam diri orang yang kita cinta, tapi cinta itu hadir.

Jadi aku tanyakan padanya, 'Apa yang aku ada menyebabkan kau mengungkapkan perkataan itu'... dia tidak menjawab. Sebaliknya dia tujukan lagu ini untuk aku.

ku ingin kau tahu diriku di sini menanti dirimu meski ku tunggu hingga ujung waktuku dan berharap rasa ini kan abadi untuk selamanya
dan ijinkan aku memeluk dirimu kali ini saja
tuk ucapkan selamat tinggal untuk selamanya dan biarkan rasa ini bahagia untuk sekejab saja

Setelah dihayati lirik ini sedalamnya, baru aku tahu cintanya terhadapku tak berbelah bagi... Aduh, kuasa Tuhan yang mencipta kenikmatan dan keperitan cinta. Sehingga ada insan yang sanggup berkorban untuk insan lain, atas nama CINTA.

...... maafkan diriku, kerana aku telah berpunya ...... Terima kasih kerana menyayangiku.


1 comment:

Anonymous said...

:)
telah ada yg punya?
ermmm tak apalah biarlah org bawa diri biarpun org dah tgu kamu selama setahun lamanyer.