Wednesday, June 11, 2008

Keruntuhan Rumahtangga... Aduhai

Banyak perkara yang berlaku di sekeliling aku kebelakangan ini membuatkan aku terfikir bahawa perkara yang terjadi atau akan terjadi adalah kehendakNya. Kita mungkin berupaya untuk merancang i.e. untuk bahagia dalam hidup, mendapat segulung ijazah phd, pulang ke kampung halaman untuk bercuti dan sebagainya. Tapi sekiranya, Dia berkehendakkan sebaliknya, maka sebaliknya yang akan terjadi.

Menyingkap kembali kisah yang terjadi, membuatkan aku terfikir, masalah keruntuhan rumahtangga sesetengah pihak yg di luaran nampak gembira dan bahagia, tapi di dalam: Tuhan saja yang tau. Api rumahtangga yang dah terjalin lebih 30 tahun lamanya, boleh terpadam begitu saja. Di mana silapnya?

Islam telah mengajar kita agar setiap keluarga dalam masyarakat, berusaha mewujudkan sebuah institusi yang aman, bahagia dan kukuh, kerana ia merupakan lingkungan atau unit masyarakat yang terkecil dan berperanan sebagai satu komuniti yang akan menentukan corak serta bentuk masyarakat Madani yang kita idam-idamkan.

Dalam rangka dan usaha untuk memperkasa atau memperteguhkan institusi keluarga islam, terdapat beberapa perkara asas yang diutarakan oleh kitab suci al-quran yang sewajarnya dititikberatkan dan diambil perhatian sepenuhnya oleh masyarakat kita hari ini.

Pertama - Memastikan bakal suami dan bakal isteri itu mempunyai akidah yang kukuh. Sesebuah keluarga tidak mungkin merasai kebahagian jika ia dibina tanpa asas akidah yang kukuh. Justeru, keimanan dan ketakwaan kepada Allah s.w.t. akan memperkuatkan lagi keazaman dan kesungguhan untuk membina keluarga yang bahagia, harmoni dan diredhai Allah s.w.t.

Kedua - Setiap pasangan suami isteri atau ibu bapa harus mengetahui dan sedar tentang peranan dan tanggungjawab masing-masing. Diantara tanggungjawab seorang suami adalah memberi nafkah kepada isteri dan anak-anaknya. Manakala kewajipan seorang isteri pula adalah menguruskan rumahtangga yang mencakupi hal-hal seperti menjaga makan minum suami dan anak-anak.

Ketiga - Sewajarnya kita ukur kepada ketentuan Allah s.w.t., bahawa lelaki selaku suami dan bapa adalah ketua keluarga

Keempat - Anak-anak hendaklah taat dan sentiasa berbuat baik kepada ibu bapa. Berbuat baik kepada ibu bapa bererti patuh kepada segala suruhan serta tunjuk ajar mereka yang makruf dan sentiasa berusaha menggembirakan kedua ibu bapa dengan menghormati dan memelihara hubungan baik yang berlandaskan kasih sayang.

Kelima - Sentiasa berusaha mengeratkan hubungan silaturrahim sesama ahli keluarga. Dalam hubungan ini, setiap anggota keluarga yang terdiri daripada bapa, ibu dab anak-anak harus memastikan suasana yang harmoni dan bahagia wujud dalam institusi keluarga.

Teori sahaja tidak memadai dalam usaha untuk memperkasa institusi kekeluargaan. Pengetahuan mengenai ilmu keibubapaan dan pelaksanaannya merupakan pra-syarat utama dalam membina sesebuah keluarga yang bahagia. Semuanya bertitik-tolak daripada niat dan kesedaran kita sendiri dalam memenuhi tuntutan perkahwinan dan pembangunan keluarga dalam konteks kepentinganya terhadap agama, bangsa dan negara.

Sama-samalah kita fikirkan. Post ini bukan sekadar untuk suami isteri, tapi untuk semua kerana kalau kita bukan ibu/bapa atau suami/isteri, kita adalah anak kepada ibu/bapa kita. Sebagai satu (atau lebih) daripada cabang keluarga, kita semua bertanggungjawab untuk memastikan institusi keluarga kita harmoni.. Kerana pada aku, keluarga yang bahagia itu penting untuk memastikan kehidupan yang lebih bahagia. Kalau di bagi pilihan antara harta yang banyak atau keluarga yang bahagia... Hmm tanpa berfikir dua kali, aku akan pilih yang kedua.

1 comment:

Anonymous said...

again salam from kl to sydney
myself pun akan pilih yang kedua kos to be with loved ones makes my day. make me complete. tapi ermmm sekarang its not complete kos ive nobody.
kadang2 tertanya2 jugak we keep thinking n care about other ppl but bagaimana pula dengan orang itu...Adakah dia fikir yang sama?

salam